Kamis, 18 November 2010

SABUN SERBUK PENCUCI PAKAIAN

OLEH RAMPA

SABUN SERBUK pada asasnya boleh dibuat dengan mudah hanya dengan
mencampurkan (a) Agen Pencuci (Pembersih), (b) Agen Penghalang Mendapan Semula
(Anti-redeposition agent), dan (c) Agen Pembuih, jika inginkan produk mempunyai
banyak buihnya apabila digunakan.
Agen Pencuci (Pembersih) akan membersih dan menanggalkan segala kotoran pada
pakaian yang mudah dibasuh. Agen Penghalang Mendapan berfungsi menghalang segala
kotoran yang telah ditanggalkan dari pakaian itu kembali mendap dan melekat semula
kepada pakaian semasa pakaian direndam atau dibasuh. Agen Pembuih pula berfungsi
bagi menjadikan sabun serbuk itu mengeluarkan buihnya semasa digunakan.
Agen Pembuih ini tidak dimasukkan sangat bagi sabun serbuk jenis yang digunakan
dalam mesin pembasuh pakaian.
Dengan mencampurkan ketiga-tiga jenis agen-agen utama tersebut, sudah mencukupi
bagi membuat Sabun Serbuk, untuk mencuci pakaian.
Bagi meningkatkan kualiti Sabun Serbuk, berbagai-bagai bahan atau agen lain
dimasukkan. Bahan-bahan tambahan ini dikenali sebagai Bahan Aditif, dan setiap bahan
itu ada fungsinya yang tersendiri. Dan sudah tentulah, semakin banyak jenis Bahan
Aditif dimasukkan akan semakin tinggilah kos pembuatan Sabun Serbuk itu.
Keterangan Mengenai Bahan
(a) Agen Pencuci (Pembersih):
Antaranya ialah Sodium Metasilicate, Soda Ash, STPP (Sodium Tripolyphosphate), dan
Sodium Sulphate.
(b) Agen Penghalang Mendapan Semula (Anti-redeposition agent):
CMC (Sodium Carboxymethylcellulose).
(c) Agen Pembuih:
SLS (Sodium Lauryl Sulphate),
(d) Bahan Aditif:
Agen Pembuang Minyak: [LABS (Lauryl Alkylnebenzene Sulphonate), atau
Terric].
Agen Memutih/Mencantikkan Warna Sabun Serbuk: [Stearic Acid].
Agen Stain and Spot Remover: [Sodium Perborate].
Agen Pemutih Pakaian: [Bleaching Powder].
Agen Menyerikan Pakaian: [Micron Blue, dan Optical Brightener].
Agen Mengurangkan Ketajaman Sabun: [Citric Acid]
Agen Anti-Corrosion (Untuk Sabun Mesin Basuh): [Sodium Silicate].
Agen Pengering Sabun Serbuk: [Silica Gel].
Agen Presevatif Sabun Serbuk [Sodium Benzoate].
Pewangi: Mengikut pilihan.
Bahan Aditif adalah bahan-bahan pilihan, sama ada mahu atau tidak digunakan; serta
banyak mana amaun dimasukkan adalah mengikut kehendak sendiri. Semakin banyak
misalnya Sodium Perborate dimasukkan, semakin tinggilah kualiti Sabun Serbuk itu,
iaitu semakin tinggi daya kekuatannya membuang kotoran yang degil (Spot and stain
remover) seperti dakwat dari ball-pen, gincu dan lain-lain yang sukar ditanggalkan. Dan
begitulah juga bahan-bahan yang lain.
AMARAN
Semasa memproses pembuatan Sabun Serbuk, hendaklah dipakai sarung tangan yang
diperbuat daripada plastik atau getah bagi mengelakkan ketajaman bahan-bahan yang
digunakan mencederakan tangan.
SABUN SERBUK yang paling mudah ialah mengandungi dua agen, iaitu (a) Agen
Pembersih (Soda Ash) , dan Agen Pembuih SLS (Sodium Lauryl Sulphate). Jika ada dua
bahan kimia ini, anda sudah pun boleh membuat Sabun Serbuk yang boleh mencuci
pakaian yang tidak berat kekotorannya. Misalnya sebagai percubaan, gunakan 500 g Soda
Ash dan dicampurkan dengan 20 g SLS yang ditumbuk halus, dan masukkan ke dalam
misalnya sebiji tin yang cukup besar yang ada tutupnya, dan ditutup, lalu digoncang tin
tersebut sebagai proses mencampurkan sebati ke dua-dua bahan tersebut.
Untuk mewangikan adunan ini, sembur saja dengan Pewangi (minyak wangi pilihan
anda) ke dalam adunan, dan digaul sebati. Tutup tin, dan digoncang tin itu, dan dibiarkan
adunan berada dalam tin semalaman supaya pewangi meresap sepenuhnya ke dalam
adunan Sabun Serbuk anda itu.
Bagi industri pembuatan Sabun Serbuk Pencuci Pakaian, asasnya adalah seperti berikut:
Formula 1
Bahan:
5 g CMC dibancuh dengan 1 cawan Air, hingga pekat jernih
400 g Soda Ash (Grade 100)
300 g Sodium Tripoly Phosphate (STPP).
50 g SLS (Sodium Lauryl Sulphate) - ditumbuk menjadi tepung halus.
50 g Sodium Perborate
10 g Sodium Benzoate
10 g Micron Blue (atau mengikut keperluan)
Pewangi (mengikut keperluan)
Cara Membuat:
1. Campurkan Soda Ash, Sodium Tripoly Phosphate, tepung SLS, Sodium
Perborate, dan Sodium Benzoate gaul sehingga sebati, dan diayak.
2. Masuklan CMC dan digaul adunan sehingga sebati
3. Tambah lagi Soda Ash, digaul dan diayak; sehingga sabun serbuk menjadi sebati.
4. Sembur Pewangi, dan gaul sebati
5. Taburkan Micron Blue (bijian-bijian biru) secukupnnya.
Formula 2
Bahan: 50 g LABS (Lauryl Alkylnebenzene Sulphonate)
20 g STPP (Sodium Tripolyphosphate)
15 g SLS
20 g Sodium Metasilicate
5 g CMC (Sodium Carboxymethylcellulose)
400 g Soda Ash
2 g Optical Brightner
5 g Sodium Perborate
5 g Sodium Silicate
5 g Sodium Benzoate
Micron Blue Mengikut keperluan Sodium Trisilicate Mengikut keperluan Pewangi
Mengikut keperluan
Cara Memproses:
1. Kecuali Micron Blue, campurkan kesemua bahan, gaul sebati, dan diayak. Jika
berketul-ketul, tumbuk supaya menjadi halus, dan diayak. Sembur adunan dengan
Pewangi secukupnya, dan simpan semalaman dalam tong plastik yang bertutup supaya
Pewangi bersepadu dengan sempurna. Ayak semula adunan supaya setara kehalusannya.
2. Tambah Soda Ash lagi supaya adunan menjadi kering, tidak basah/lembab.
3. Masukkan Micron Blue, dan gaul.
4. Sembur adunan dengan pewangi mengikut keperluan dan digaul sebati.
5. Simpanan Sabun Serbuk dalam tong yang bertutup selama semalaman, supaya
Pewangi meresap merata ke dalam Sabun Serbuk itu. Jika inginkan produk kuat haruman
wanginya, lebihkan penggunaan Pewangi.
Nota
Formula 2 di atas boleh dimasukkan Bahan-bahan Aditif bagi meningkatkan kualitinya
mengikut kehendak sendiri.
Formula 3
Bahan: 10g CMC (Sodium Carboxymethylcellulose) 10ml LAS (Lauryl Alkylnebenzene
Sulphonate)
30g SLS (Sodium Lauryl Sulphate)
1g Optical Brightener
5 Sodium Perborate
13g Sodium Metasilicate
150g Soda Ash 150 STPP (Sodium Tripolyphosphate) Magnesium Trisilicate - Mengikut
keperluan
Streaic Acid - (Tumbuk supaya halus) - Mengikut keperluan
Citric Acid - Secukupnya ke pH 8 – 10
Pewangi - Mengikut keperluan
Cara Memproses
Langkah:
1. CMC - Kembangkan dengan Air Bersih secukupnya, sehingga
menjadi seperti gam pekat yang jernih. Kemudian masukkan:
LAS, SLS (ditumbuk halus)
Optical Brightener, Sodium Perborate dan kacau hingga
sebati.
2. Masukkan pula:
Sodium metasilicate, Soda Ash,dan STPP. Kacau
hingga sebati.
3. Tambah lagi Soda Ash dan kacau. Ulang tambah sehingga adunan menjadi kering.
4. Tumbuk halus Streaic Acid dan masukkan (mengikut keperluan agar
produk lebih cantik) ke dalam adunan, kacau menjadi sebati.
5. Uji nilai pH. Masukkan sedikit demi sedikit Citric Acid sambil
dikacau hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan larut dengan Air
Bersih. Celupkan Kertas pH atau pH Meter ke dalam larutan. Jika
nilai pH melebihi 10, turunkan ke Nombor 8 hingga Nombor 10
dengan menambah lagi memasukkan Citric Acid
6. Masukkan Pewangi secukupnya, dan putar dengan mixer supaya
Serbuk Sabun menjadi setara teksturnya.
Formula 4
Bahan: Air Bersih [Secukupnya untuk mengembangkan CMC]
2 g CMC (Sodium Carboxymethylcellulose)
10 g SLS (Sodium Lauryl Sulphate)
100 ml Terric
100 g STPP (Sodium Tripolyphosphate)
80 g Sodium Sulphate
200 g Soda Ash
10 g Sodium Silicate
Streaic Acid Mengikut keperluan
Citric Acid Ke pH 8 - 10
Titanum Dioxide Mengikut keperluan
Pewangi Mengikut keperluan
Cara Memproses
Langkah:
1. CMC - Kembangkan dengan Air Bersih secukupnya, sehingga
menjadi seperti gam pekat yang jernih. Kemudian masukkan:
SLS Terric
dan kacau sebati.
2.. Masukkan ke dalam adunan:
STPP Sodium Sulphate Soda Ash
Sodium Silicate dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula:
Tambah Soda Ash sambil dikacau sehingga adunan kering.
Titanum Dioxide secukupnya bagi mencantikkan rupa produk, kacau sebati.
Streaic Acid sehingga nilai produk ke tahap pH 8 hingga 10.
Pewangi mengikut keperluan
Kacau sebati adunan sehingga cukup kering menjadi Sabun Serbuk.
Putar dengan mixer supaya Sabun Serbuk menjadi setara teksturnya.
Masukkan Micron Blue mengikut keperluan.
Nota
Jika inginkan produk kelihatan “gebu”, masukkan Magnesium Trisilicate
secukupnya dan kacau hingga sebati, sebelum adunan diputar dengan mixer.
Formula 5
Bahan:
Air Bersih secukupnya untuk mengembangkan CMC
SLES (Sodium Lauryl Ether Sulphate) 100g 13.3%
SLS 100g 13.3%
Sodium Trisilicate 150g 20.0%
Sodium Sulphate 50g 6.65%
Soda Ash 50g 6.65%
LAS (Linear Alkylnebenzene Sulphonate) 30ml 4.0%
CMC 10g 1.33%
Bleaching Powder 5g 0.6%
Pewangi Mengikut keperluan
Cara Memproses:
• Bancuh CMC dengan Air secukupnya bagi mengembangkannya sebagai gam.
• Masukkan kesemua Agen lain dan gaul semua Agen dengan senduk
• Jika adunan terlalu lembab, tambah Soda Ash dan Megnesium Trisilicate dan Sodium
Sulphate sama banyak sehingga adunan kering dan masukkan Pewangi dan lain-lain
Agen tambahan (jika perlu).
• Uji nilai pH.
• Tuang ke tempat simpanan dan biarkan ia keras sendiri seperti berbuku-buku kering.
• Kisar supaya ia menjadi serbuk, sebagai Sabun Serbuk.
Nota:
1. Tambah Magnesium Trisilicate sewaktu mengisar adunan di peringkat
akhir supaya hasilnya menjadi “gebu” jika ingin produk itu “gebu”, ringan
dan lembut. Sembur Pewangi supaya mencukupi harumannya.
2. Masukkan Micron Blue mengikut keperluan sebelum menamatkan
pengisaran. Pastikan Sabun Serbuk betul-betul kering terlebih dahulu,
sebelum dimasukkan Micron Blue bagi mengelakkan produk menjadi biru
keseluruhannya pula.
Formula 6
Air Bersih Secukupnya
Air Panas 1000ml
SLES 1000g
Sodium Trisilicate 100g
Soda Ash 20kg
Streaic Acid (dikisar menjadi serbuk) 100g
CMC 500g
Bleaching Powder 500g SLS 500g
Terric 500g
STPP 3 kg Sodium Silicate 500g
Pewangi Mengikut keperluan
Micron Blue Jika perlu
Cara Memproses:
Bahagian A: Bancuhkan CMC dengan Air Bersih secukupnya di dalam satu bekas
dan kacau sehingga menjadi seperti gam pekat yang jernih.
Bahagian B: Bancuh SLES dengan 1000 ml Air Panas, kacau hingga ia larut.
(Boleh juga gunakan Air Biasa, tetapi SLES akan mengambil masa
yang lama untuk larut). Kemudian masukan SLS, kacau hingga ia
larut dalam satu bekas lain. Masukkan pula Terric dan dikacau
sehingga larut
Bahagian C: Campurkan STPP dan gaul rata bersama Magnesium Trisilicate,
Streaic Acid, Bleaching Powder, dan Sodium Silicate di dalam satu
besen/bekas plastik.
Bahagian D: Pewangi (ke tahap yang dikehendaki) dan Micron Blue (jika perlu).
• Masukkan Bahagian A ke dalam Bahagian B dan kacau adunan hingga sebati;
kemudian masukkan Bahagian D ke dalam adunan dan kacaukan.
• Masukkan adunan ke dalam Bahagian C dan digaul rata.
• Masukkan pula Soda Ash dan terus dikisar sehingga menjadi serbuk.
• Tambah lagi Soda Ash dan kacau adunan sehingga menjadi kering. Uji pH, dan
sesuaikan ke pH 8 hingga 10 dengan memasukkan Citric Acid. Ayakkan Sabun Serbuk
atau mesinkan dengan Ribbon Powder Blender/Mixer supaya hasilnya seragam, iaitu
tidak berketul-ketul.
• Taburkan Micron Blue sekadar mencukupi.
Nota: Bagi menjadikan Sabun Serbuk itu “gebu”, di akhir pengisaran, tambahkan
lagi MagnesiumTrisilicate mengikut keperluan.
Panduan Am
1. Jika inginkan produk yang bila digunakan tidak terasa berlendir, kurangkan
penggunaan CMC.
2. Jika ingin produk menjadi gebu, lembut, dan ringan, lebihkan
penggunaan Magnesium Trisilicate.
3. Jika ingin produk sebagai serbuk biasa, iatu berat dan kering, lebihkan STPP dan
Sodium Metasilicate, kurangkan Soda Ash.
4. Jika ingin produk menghasilkan buih yang banyak, lebihkan SLS.
5. Jika ingin membuat produk untuk kegunaan Mesin Basuh, kurangkan SLS dan
masukkan Sodium Silicate sebagai agen Anti-Corrosion. SLS
sekiranya berbiji-biji, ia hendaklah ditumbuk menjadi tepung terlebih dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam adunan.
6. Produk hendaklah dinilai pH-nya. Nilainya hendaklah antara 8 ke 10. Jika
nilainya melebihi angka 10, menunjukkan ketajaman sabun adalah tinggi
dan panas apabila dipegang. Turunkan nilai pH dengan memasukkan
Citric Acid, gaul sebati. Bagi membuat Sabun Serbuk Pencuci
Pakaian Bayi, pH-nya ialah 5.5.
7. Jika ingin produk tahan lama dan tidak busuk, masukkan 1% Sodium Benzoate sebagai
preservatifnya (Agen Preservatif).
9. Jika inginkan produk mengandungi bijian halus berwarna biru, masukkan
Micron Blue mengikut keperluan. Ada produk tidak memasukkan Micron Blue.
10. Sabun Serbuk apabila berada dalam simpanan boleh menjadi berketulketul,
berbuku. Untuk mengelakkan ia menjadi begitu, masukkan ke dalam adunan
sebanyak 1% Sodium Bicarbonate, digaul sebati.
11. Silica Gel yang ditumbuk halus, boleh dimasukkan ke dalam adunan sekiranya tidak
mahu Sabun Serbuk itu menyerap air yang menjadikan ia lembab/basah.
12. Industri pembuatan Sabun Serbuk menggunakan mesin bernama
Ribbon Powder Blender atau Powder Mixer.
Di manakah bahan-bahan boleh didapati?
Yang ingin tahu di manakah bahan-bahan itu boleh dibeli, sila PM saya atau e-mail
ziarahmenilai@yahoo.com untuk saya beri tahu sekiranya anda beri tahu anda tinggal di
bandar mana atau bandar apakah yang paling hampir dengan tempat tinggal anda.